ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
CARA BUAT MINUMAN KUNYIT
Setengah wanita akan rasa letih sangat bila datang 'period'. Kebiasaannya bila diadukan kepada doktor, selalunya doktor tu akan beri juga pil vitamin untuk membantu kita memulihkan kembali tenaga.
Tapi korang sedar tak bahawa orang tua-tua dahulu ada petua untuk memulihkan tenaga wanita nie. Mereka mengamalkan minum air kunyit untuk membantu memulihkan kembali kesegaran akibat letih lesu semasa 'period'.
Khasiat Air Kunyit
Amalan minum air kunyit bukan sahaja boleh memulihkan tenaga. Bahkan ianya dikatakan turut membantu memulihkan sistem peranakan wanita. Satu kelebihan kalau nak dibanding dengan hanya makan vitamin.
Cara Buat Air Kunyit
Caranya senang je, sediakan satu ruas kunyit hidup bersihkan elok-elok kemudian tumbuk. Setelah ditumbuk bertubi-tubi rendam pula dalam satu bekas air suam. Biarkan selama 20 minit dan lepas tu dah boleh minum.
Air kunyit ni sebaiknya diminum dua kali sehari iaitu sekali waktu pagi dan sekali lagi sebelah petang. Tak pun sekali sehari sama ada pada sebelah paginya atau pada waktu petang ikut kesesuaian atau kelapangan masa masing-masing.
Cuba amalkan selama tiga kali seminggu atau dua kali sehari. Sekiranya rajin beramal pastinya akan merajai kemujarabannya.
0 Response to "SEBENARNYA AIR KUNYIT MAMPU PULIHKAN TENAGA WANITA TERUTAMA KETIKA PERIOD, SEBARKAN"
Posting Komentar