iklan

Cara Buat Sambal Goreng Mama

ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280

Sambal Goreng Mama

Info: Sambal goreng merupakan sejenis masakan yang mana kandungannya adalah terdiri daripada campuran pelbagai sayur-sayuran. Campuran rasa ini membuatkan rasa manis lemak bercampur. Begitu juga kepada yang merasa, dari mulut turun ke hati..rasa hati bercampur bahagia =)

Bahan-bahan:

1. Tempe & tauhu     5-10 keping
2. Kentang  5 biji
3. Ayam yang dicincang tidak terlalu halus
4. 60g udang
5. 2 biji cili dihiris
6.1cm halia dihiris
7. 1 serai dihiris
8. Kacang panjang 20 biji
9. asam jawa
10. 500ml santan kelapa
11. garam & gula
12. minyak masak pastinya

Bahan yang perlu blend:

-3cm halia
-5 biji cili merah
-3 biji bawang putih
-1 batang serai

Cara Memasak:

1. Gorengkan tempe dan tauhu berasingan (separuh masak) dan asingkan.
2. Goreng kacang panjang, ayam dan udang 2-3 minit dan asingkan
3. Blend bahan yang perlu di blend sehingga halus.
4. Mula panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di blend tadi.
5.Masukkan bahan-bahan hirisan i.e cili, halia.
6.Masukkan air asam jawa serta santan kelapa serta garam dan gula secukup rasa. masak sehingga pekat.
7.Setelah pekat, masukkan bahan-bahan yang digoreng berasingan i.e tempe, tauhu etc dan gaulkan semua bahan sehingga rata.
8.Siap dan sedia dihidangkan.

Sudah baca
Sekarang boleh cuba
=)
ADSENSE 336 x 280 dan ADSENSE Link Ads 200 x 90

0 Response to "Cara Buat Sambal Goreng Mama"

Posting Komentar